PKPD di Ladang Sime Darby Bukit Puteri, Mukim Batu Yon 1, Lipis, Pahang akan dilanjutkan bermula Sabtu ini sehingga 3 Disember depan.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Tiada lokaliti yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sepanjang lapan hari berturut-turut.

Pada masa sama, kata Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad, hanya PKPD di Ladang Sime Darby Bukit Puteri, Mukim Batu Yon 1, Lipis, Pahang akan dilanjutkan bermula Sabtu ini sehingga 3 Disember depan.

“PKPD diputuskan selepas meneliti analisa Kementerian Kesihatan mengenai penilaian risiko serta trend Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

PKPD di Ladang Sime Darby Bukit Puteri itu dilaksanakan mulai 6 November lalu hingga esok.

Sementara itu, Rodzi berkata, tiada penamatan PKPD diumumkan.- MalaysiaGazette