Abdul Majid Mohd Ali

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, pihaknya memberi jaminan keadaan keselamatan terkawal untuk masyarakat serta pengundi menunaikan tanggungjawab.

“Kita telah menggerakkan semua elemen yang ada dalam kontinjen negeri selain mendapat bantuan sumber manusia yang merangkumi kekuatan elemen daripada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk mengatur gerak menghadapi segala kemungkinan ancaman keselamatan dan ketenteraman awam.

“Polis juga akan memastikan proses pengundian yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermula 8 pagi hingga 5.30 petang bagi membentuk kerajaan yang mendapat mandat itu berjalan lancar dan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Majid berkata, semua pengundi yang layak diminta menjalankan hak dan tanggungjawab mereka tanpa perlu khuatir terhadap keselamatan diri.

Beliau berkata, rakyat di negeri itu juga dinasihatkan supaya menerima keputusan pilihan raya itu dengan penuh kematangan dan hati terbuka.

PRN Melaka diadakan berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 4 Oktober lepas selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast