BERLIN – Pendahulu Bundesliga Jerman, Bayern Munich kalah mengejut 1-2 kepada Augsburg.
Bayern yang bertandang ke tempat lawan dikejutkan menerusi gol awal pada minit awal ke-23 menerusi gol Mads Pedersen.
Sebelum sempat menyusun strategi mencari gol penyamaan, Bayern yang dibarisi penyerang sensasi Robert Lewandowski dikejutkan sekali lagi oleh tuan rumah pada minit ke-35 menerusi Andre Hahn.
Pelawat yang tidak menjangkakan gol kedua itu mula memberi reaksi apabila Lewandowski menjaringkan gol untuk pasukannya tujuh minit sebelum rehat.
Keputusan itu kekal hingga tamat perlawanan.
Walaupun Bayern mendominasi perlawanan sehingga akhir perlawanan, pasukan itu gagal menyaingi kelebihan tuan rumah dan mencari gol kemenangan menentang pasukan yang bergelut dengan zon penyingkiran itu.
Bayern yang mengumpul 28 mata menerusi 12 perlawanan dan terus mengungguli carta Bundesliga manakala Borussia Dortmund pula menduduki tangga kedua dengan 24 mata. – BBC Sport.com