Petugas SPR melakukan persiapan terakhir pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal, Melaka. Foto SYAFIQ AMBAK, 20 NOVEMBER 2021.

MELAKA – Hari ini 476,037 rakyat Melaka menunaikan tanggungjawab memilih kerajaaan sempena Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Melaka ke-15.

Sebanyak 217 pusat mengundi membabitkan 1,109 saluran dibuka tepat jam 8 pagi dengan suasana pengundian dalam norma baharu dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat bagi membendung penularan wabak Covid-19.

PRN Melaka mempertaruhkan 28 kerusi DUN dan 112 calon bertanding masing-masing mewakili Barisan Nasional, Perikatan Nasional, Pakatan Harapan, Bebas, Putra dan Iman. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast