Calon BN N.04 Lendu yang merupakan calon ketua menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali membuang undi pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Sekolah Kebangsaan Durian Daun (K), Masjid Tanah, Melaka. Foto FAREEZ FADZIL, 20 NOVEMBER 2021.

LENDU – Calon Ketua Menteri Melaka daripada komponen  Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Sulaiman Md Ali selesai membuang undi di Sekolah Kebangsaan Durian Daun (K) di sini pada pukul 9.05 pagi.

Beliau tiba menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) kira-kira 8.42 pagi tadi bersama isteri, Datin Seri Munira M. Yusop.

Bagi kerusi DUN Lendu, beliau bersaing dengan calon daripada Perikatan Nasional (PN), Mejar (B) Abdullah Mahadi dan Mohamad Asri Ibrahim yang mewakili Pakatan Harapan (PH). – MalaysiaGazette