Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din (kiri) memberi penerangan mengenai jenayah komersil kepada pengunjung pada Program High Profile Policing (HPP) sempena Kempen Pencegahan Jenayah Komersil di Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 20 NOVEMBER 2021.

PETALING JAYA – Tahap kesedaran masyarakat mengenai jenayah sindiket penipuan dalam talian masih rendah dan memerlukan langkah penambahbaikan dengan segera.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Komisioner Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, ini kerana kadar jenayah itu naik setiap tahun dan ia merupakan isyarat yang tidak baik.

“Jadi berdasarkan statistik yang ada pada kami, kita rasa perlu lagi penambahbaikan untuk membawa kesedaran mengenai bahaya jenayah penipuan dalam talian,” katanya ketika ditemui di pusat membeli belah, Sunway Pyramid, di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din (kanan) memberi penerangan mengenai jenayah komersil kepada pengunjung pada Program High Profile Policing (HPP) sempena Kempen Pencegahan Jenayah Komersil di Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 20 NOVEMBER 2021.

Beliau menyatakan demikian pada majlis High Profile Policing ketika ditemui di pusat membeli belah, Sunway Pyramid, di sini, hari ini.

Beliau menambah, kempen itu diadakan untuk meningkatkan  kesedaran masyarakat mengenai kaedah penipuan dalam talian yang digunakan sindiket untuk menjerat mangsa.

Menurut Mohd Kamarudin, kempen yang dianjurkan itu mendapat sambutan baik pengunjung pusat membeli belah.

Bagaimanapun, tambah beliau, Bukit Aman akan membuat post mortem atau kajian tentang pelaksanaan kempen tersebut.

“Sekiranya kempen ini tidak membawa keberkesanan atau hasil yang disasarkan, maka PDRM kita akan memantau dan mempertingkatkan lagi kempen ini dengan lebih maklumat supaya dapat sampai kepada masyarakat demi melindungi mereka,” ujarnya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din (kiri) memberi penerangan mengenai jenayah komersil kepada pengunjung pada Program High Profile Policing (HPP) sempena Kempen Pencegahan Jenayah Komersil di Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 20 NOVEMBER 2021.

Sementara itu, Mohd Kamarudin mengingatkan orang ramai  supaya menjaga butiran peribadi dan kerahsiaan akaun simpanan masing-masing dan tidak mendedah atau berkongsi kepada mana-mana pihak bagi mengaelak dijadikan keldai akaun

Tambah beliau, walaupun mangsa tidak tahu dijadikan keldai akaun namun tindakan undang-undang tetap diambil terhadap mangsa.

Bagi 10 bulan pertama tahun ini, 17,537 kes membabitkan penipuan belian dalam talian, pinjaman tidak wujud, pelaburan, Macau Scam, African Scam dan Business Email Compromise (BEC) direkodkan, yang menyebabkan kerugian sebanyak RM449.51 juta  peningkatan 428 kes dengan kerugian RM509.98 juta berbanding tahun lalu, ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast