Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kes harian Covid-19 kembali di bawah 5,000 apabila sebanyak 4,854 dilaporkan hari ini.

Ia menjadikan jumlah kumulatif adalah 2,586,601 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow https://covidnow.moh.gov.my.

“Data setiap hari bagi laman CovidNow dikemas kini sekaligus selepas tengah malam,” katanya pada hantaran di media sosial beliau hari ini.

Semalam, negara mencatatkan 5,859 kes baharu dilaporkan. – MalaysiaGazette