Sebanyak 4,817 kes sembuh dilaporkan di dalam negara setakat 12 tengahari tadi dan jumlahnya rendah berbanding kes positif Covid-19 hari ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 4,908 kes sembuh daripada jangkitan Covid-19  hari ini dan ia lebih rendah daripada kes positif baharu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah keseluruhan terkini yang telah sembuh daripada pandemik itu kini sebanyak 2,498,345.

Terdahulu, beliau berkata, sebanyak 24 daripada 5,594 kes positif baharu hari ini merupakan kes import manakala selebihnya adalah kes tempatan.

“Daripada 5,594 kes harian yang dilaporkan pada hari ini 85 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5 dan 5,509 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Dr. Noor Hisham berkata, sebanyak 532 kes positif memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi, 266 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, jumlah kluster baharu kini dilihat kembali menunjukkan peningkatan apabila 10  dikenal pasti oleh Kementerian Kesihatan hari ini.

“Manakala jumlah kluster yang telah tamat adalah 5,667 kluster dan 231 kluster yang aktif,” tambahnya.-MalaysiaGazette