Aliran lava berhampiran gunung la Laguna di Pulau Canary La Palma, Sepanyol. foto Reuters

MADRID – Penduduk di Pulau La Palma di tiga bandar pesisir pantai untuk tinggal di dalam rumah selepas aliran lava baharu terhempas ke dalam lautan, menyebabkan awan tebal berpotensi melepaskan gas toksik ke langit.

Lava dari gunung berapi Cumbre Vieja, yang telah meletus selama dua bulan, memasuki air laut sekali lagi sekitar tengah hari.

Rakaman dron menunjukkan awan putih berkepul-kepul keluar dari air ketika batu cair merah panas itu meluncur menuruni tebing ke Laut Atlantik.

Penduduk di Tazacorte, San Borondon dan sebahagian El Cardon diberitahu untuk tinggal di dalam rumah dengan pintu dan tingkap ditutup ketika angin kencang bertiup.

Askar dari Unit Kecemasan Tentera dikerahkan untuk mengukur kualiti udara di kawasan itu.

Lapangan terbang itu juga ditutup dan berkemungkinan kekal sehingga 48 jam berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, kata Miguel Angel Morcuende, Pengarah Teknikal Jawatankuasa Tindak Balas Letusan Pevolca.

Penduduk di ibu negara Santa Cruz telah dinasihatkan memakai topeng buat kali pertama sejak letusan bermula kerana kepekatan zarah dan sulfur dioksida yang tinggi di udara, katanya.

Menurut program pemantauan bencana Copernicus, aliran lava telah merosakkan atau memusnahkan kira-kira 2,650 bangunan sejak 19 September lalu, memaksa ribuan orang dipindahkan dari rumah mereka di pulau itu, sebahagian daripada kepulauan Canaries. – Reuters

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast