Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneruskan operasi sekatan jalan raya, rondaan cegah kemalangan dan pemantauan di laluan utama dan taman perumahan bagi mencegah penggunaan nombor pendaftaran fancy di negara ini- Gambar hiasan.

SERDANG – Sebanyak 3.78 juta kenderaan di negara ini didapati masih belum memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan.

Statistik itu merupakan rekod terkini yang dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sehingga 15 November lalu.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, mereka mempunyai tempoh sehingga 31 Disember ini untuk memperbaharui cukai jalan kenderaan bagi mengelak sebarang tindakan undang-undang selepas itu.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Tuan Aedy Fadly Ramli memeriksa sijil vaksininasi MySejahtera penumpang bas ketika mengadakan Operasi Sedar JPJ di Plaza Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ 26 NOVEMBER 2021.”Saya merayu dan mengingatkan pengguna jalan raya supaya tampil segera meemperbaharui cukai jalan dalam tempoh yang ditetapkan tanpa menunggu sehingga saat akhir,” katanya dalam sidang media khas Operasi Bersepadu JPJ di Tol Sungai Besi Arah Utara dan Selatan lewat malam tadi.

Operasi berkenaan  diadakan serentak membabitkan JPJ dari tiga negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan menyaksikan Pengarah JPJ Selangor dan Negeri Sembilan turut hadir di lapangan.

Dalam operasi bermula 8 malam hingga 12 tengah malam itu, kekuatan seramai 188 anggota penguat kuasa JPJ termasuk Jabatan Imigresen dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan terlibat.

Anggota Jabatan Imigresen berjaya menahan sebahagian pendatang asing ketika Operasi Sedar JPJ di Plaza Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ 26 NOVEMBER 2021.

Menurut beliau, mulai hari ini kaunter-kaunter JPJ di seluruh negara akan dibuka pada waktu hujung minggu sehingga 31 Disember ini untuk memudahkan urusan orang ramai pembaharuan cukai jalan.

Menurutnya, pengguna jalan boleh pergi ke mana-mana kaunter cawangan JPJ seluruh negara bagi urusan berkaitan pembaharuan cukai jalan dan senarai jadual waktu pembukaan kaunter boleh diperolehi di laman web rasmi JPJ.

Justeru katanya, sepanjang tempoh sehingga hujung tahun ini tiada sebarang saman yang akan dikenakan ke atas kenderaan yang belum memperbaharui cukai jalan.

“Selain pejabat pos, banyak lagi agensi rakan strategik JPJ yang dibuka untuk urusan berkaitan dan orang awam boleh menggunakan peluang cuti hujung minggu untuk pergi memperbaharui cukai jalan selain hari bekerja,” katanya lagi.

Ditanya mengenai tindakan susulan selepas tamat tempoh moratorium pembaharuan cukai jalan pada 31 Disember nanti, kata beliau, JPJ akan tampil dengan tindakan bersesuaian berlunaskan undang-undang yang ditetapkan.

Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), memeriksa dokumen penunggang motosikal pada Operasi Sedar JPJ di Plaza Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ 26 NOVEMBER 2021.

“Buat masa sekarang kita memberi peluang untuk mereka memperbaharui LKM dan sekiranya tiada arahan daripada kerajaan untuk menyambung lagi tempoh moratorium atau sebagainya, maka kita akan mengambil tindakan yang bersesuaian berdasarkan undang-undang JPJ yang sedia ada.

“Tapi buat masa sekarang, kita terus menasihatkan orang ramai tidak melengahkan masa dan perbaharui segera cukai jalan mereka yang mana waktu pembukaan kaunter juga sudah dilanjutkan dari pukul empat petang kepada sejam lagi sehingga 5 petang setiap hari waktu bekerja termasuk di JPJ Pusat Transformasi Bandar (UTC) selain secara online,” ujar beliau.

Jika berlaku suasana kesesakan dan serbuan luar biasa oleh orang ramai pada minit terakhir di kaunter-kaunter JPJ untuk memperbaharui LKM, JPJ bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan itu.

Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), memeriksa dokumen penunggang motosikal pada Operasi Sedar JPJ di Plaza Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ 26 NOVEMBER 2021.

“Ini memang dijangkakan berlaku nanti, itu biasa setiap kali tarikh terakhir sudah dekat akan berlaku serbuan oleh awam ke pejabat JPJ dan juga pejabat pos.

“Oleh demikian, kita galakkan mereka yang hanya untuk perbaharui lesen memandu dan tiada urusan rumit bolehlah berurusan secara dalam talian dan juga khidmat kiosk JPJ yang disediakan dan janganlah amal budaya tunggu hingga saat akhir dan menyulitkan urusan awam.

“Kita akan ambil tindakan susulan untuk semua orang supaya mematuhi segala peraturan yang akan ditetapkan nanti ketika berurusan dengan JPJ,” tegasnya.

Dalam operasi selama empat malam tadi, sebanyak 3,210 kenderaan telah diperiksa dan sebanyak 596 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan yang dilakukan antaranya tiada lesen memandu.- MalaysiaGazette