Menteri Besar Johor,Datuk Hasni Mohammad.
ISKANDAR PUTERI- Jumlah  keluasan tanah rizab Melayu di Johor kini kira-kira 557,633 hektar, melibatkan 30 peratus daripada keluasan tanah di Johor.
Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, jumlah itu tidak menyusut sebaliknya keluasan sentiasa bertambah disebabkan penyeliaan dan dasar yang dilakukan oleh kerajaan Johor, selama ini.
“Jika terdapat permohonan bagi pembatalan sesuatu tanah rizab Melayu, ia perlu ada tanah ganti yang mematuhi tiga syarat iaitu keluasan dan nilaian tanah gantian itu hendaklah sama atau lebih daripada tanah yang hendak dibatalkan.
“Tanah gantian itu juga hendaklah sesuai dan memenuhi material dan praktikal sebelum sesuatu permohonan untuk membatalkan status rizab Melayu ini boleh di pertimbangkan.
“Kerajaan Johor juga mengenakan syarat iaitu mana-mana tanah yang dikurniakan kepada orang Melayu hendaklah dijadikan sebagai tanah rizab Melayu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung Belanjawan Johor 2022 pada Sidang Keempat DUN Johor Ke-14, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut berkata, bagi memastikan tanah yang dimohon untuk dijadikan sebagai rizab Melayu dan tanah kurniaan, proses pewartaan akan dijalankan sebanyak tiga kali.
“Bagi memastikan tanah ini tidak dijadikan urus niaga kepada orang bukan
Melayu, semasa proses pewartaan belum disempurnakan, satu kaveat
pendaftar akan dimasukkan sebagai kawalan dan hanya akan dibatalkanselepas pewartaan disempurnakan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast