judi tanah rizab Melayu agus kelantan air sagu hati AKSB
Mohamad Kamal Mohamed

KUALA LUMPUR – Pemuda Pas Kelantan akan terus mendesak, berhujah dan menadah tangan berdoa dalam mempertahankan hak dan tidak sanggup lagi melihat negeri ini terus dikesampingkan berhubung isu royalti petroleum.

Ketua Pemudanya, Mohamad Kamal Mohamed berkata, pihaknya akan terus berdiri teguh bersama Menteri Besar Kelantan dalam mempertahankan hak rakyat Kelantan dalam isu ini.

Tanpa prejudis, apatah lagi melalui peruntukan jelas dalam perjanjian 1975 antara Kerajaan Negeri dan Petronas serta keputusan Kerajaan Persekutuan sebelum ini, relevansi bayaran tunai kepada negeri perlu dilunaskan bukan di atas nama wang ehsan.

Sebelum ini, Kerajaan Kelantan memohon penjelasan lanjut daripada Kerajaan Persekutuan membabitkan isu wang ihsan atau royalti petroleum negeri inin selepas memandang serius jawapan bertulis yang dikemukakan oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada persidangan Dewan Rakyat 24 November lalu.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob berkata, ini kerana jawapan tersebut dilihat tidak selari dengan kenyataan Kerajaan Persekutuan sebelum ini.

”Untuk rekod, Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Kewangan Negara yang bersidang pada 7 Jun 2018 telah memutuskan akan memansuhkan Program Wang Ihsan dan Bayaran Tunai Petroleum disalurkan terus kepada kerajaan negeri.

“Bayaran tunai dan hasil pengeluaran bagi negeri Kelantan telah diperakui oleh kerajaan Persekutuan dalam persidangan Dewan Rakyat pada 30 Oktober 2019 dan 28 Julai tahun lalu oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) ketika itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Dalam kenyataan bertulis di Dewan Rakyat pada Khamis lal berkata, Tengku Zafrul memberitahu Petronas tidak akan membuat bayaran royalti tunai kepada mana-mana negeri di Semenanjung termasuk Kelantan.

Ia disebabkan kedudukan medan pengeluaran petroleum yang beroperasi adalah di luar perairan negeri Kelantan.

Namun memandangkan lokasi medan petroleum berdekatan dengan perairan negeri Kelantan, maka Kerajaan Persekutuan membuat pembayaran dalam bentuk wang ihsan. – MalaysiaGazette