Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semasa bertitah semasa Majlis Sambutan Belia Peringkat Negeri Pahang

KUANTAN – Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan supaya kerajaan negeri menambah baik langkah sedia ada bagi mewujudkan lebih ramai usahawan dalam kalangan belia di Pahang.

Ini kerana, kebanyakan belia berhasrat membina kerjaya sendiri dan bercita-cita menjadi usahawan.

”Bagaimanapun, semangat itu tidak kesampaian kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman serta kemampuan dari segi modal yang tidak mencukupi.

”Bantulah mereka dengan latihan dan keperluan yang bersesuaian, kerajaan negeri harus menyelami budaya ini, agar dasar dan program yang akan dilaksanakan, bertepatan dengan jiwa dan naluri generasi belia zaman ini,” titah baginda semasa berucap merasmikan Sambutan Hari Belia Negara peringkat Negeri Pahang di Kuantan, malam tadi.

Sambutan Hari Belia Negara 2021 Peringkat Negeri Pahang itu dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Majlis sambutan turut meraikan beberapa kategori penagugerahan dan jasa belia dalam sumbangan serta komitmen kepada negeri Pahang sekaligu menyaksikan baginda sebagai penaung Majlis Belia Negeri Pahang.

Tengku Hassanal juga bertitah, langkah kerajaan negeri memperkenal aplikasi PahangGo merupakan satu usaha yang sangat baik.

“Saya berharap inisiatif itu dapat ditambah nilai agar ia menjadi platform untuk usahawan terutama golongan belia memasarkan produk mereka dan seterusnya boleh mendapatkan pelbagai akses perkhidmatan kerajaan negeri dengan cepat,” titah baginda. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast