Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Walaupun kes positif harian Covid-19 kekal di bawah paras 5,000 kes sejak beberapa hari lalu namun berlaku sedikit kenaikan dalam angka terkini setakat 12 tengahari tadi.

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 4,879 kes positif hari ini – kenaikan sebanyak 792 berbanding 4,087 dicatatkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan,  Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan sebanyak 2,632,782 kes kumulatif positif dilaporkan setakat ini.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.

Data harian laman COVIDNOW kini dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

Pada Ahad lalu, sebanyak 4,239 kes positif direkodkan di dalam negara manakala sehari sebelum itu iaitu pada Sabtu lalu kes Covid-19 berada pada paras 5,097 kes.- MalaysiaGazette