Mercato Sri Hartamas kini berwajah dari segi suasana dan susun atur produk.

KUALA LUMPUR – Pasar raya premium, Mercato Sri Hartamas kini berwajah baharu apabila menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan dengan menawarkan beribu-ribu produk tempatan dan antarabangsa.

Pengarah Operasi Kedai, Malaysia dan Singapura, Mark Scates percaya dengan pembukaan jenama pasar raya premium di bawah GCH Retails itu, pihaknya komited dalam menyediakan pelbagai rangkain produk berkualiti, nilai, perkhidmatan dan kemudahan kepada pelanggan.

“Pelanggan kini boleh menantikan pengalaman membeli-belah dan perkhidmatan tahap baharu yang hebat daripada ahli pasukan kami.

“Mercato Sri Hartamas menjanjikan suasana baharu yang lebih segar dengan hiasan yang menarik dan ruang membeli-belah yang luas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mark menambah, Mercato Sri Hartamas telah membawa masuk beribu-ribu produk baharu untuk memberikan perasaan teruja dan menggembirakan pelanggan dengan rangkaian pilihan unik serta produk antarabangsa yang lebih luas daripada kedai roti hingga barangan am.

“Daripada pilihan sandwich baharu, Piza Hawaii, Akarumi Asian Roast hinggalah pilihan jus segar dan aiskrim untuk dinikmati pelanggan.

“Memandangkan rakyat Malaysia yang lebih mementingkan kesihatan dengan tabiat pemakanan mereka, justeru Mercato akan bekerjasama dengan rangkaian makanan sihat Rawsome pada ‘Bar Salad Do-It-Yourself’ untuk kesegaran yang lebih baik dan pilihan yang lebih sihat.

“Selain itu, Mercato juga akan memperkenalkan minuman kesihatan baharu – kombocha-keju,” ujarnya.

Mark memberitahu, Mercato Sri Hartamas kini menyediakan hiasan yang menarik dan lorong yang lebar dalam usaha memberikan pengalaman membeli-belah biasa yang unik kepada pelanggan.

Jelas beliau, pihaknya telah mendengar keperluan pelanggan kami yang mahukan produk import yang lebih banyak selain melakukan pengubahsuaian ke atas Mercato Sri Hartamas dari segi disusun atur.

“Kami  berterima kasih kepada pelanggan kami kerana membenarkan kami berkhidmat kepada masyarakat. Tiada satu pun pencapaian kami akan dapat dicapai tanpa sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi,” katanya.

Sementara itu, bagi meraikan wajah baharu Mercato Sri Hartamas, pelanggan boleh menikmati promosi eksklusif dengan melayari laman Facebook Mercato Malaysia. – MalaysiaGazette