Covid-19 cases
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 4,262 kes positif Covid-19 dilaporkan hari ini dan jumlah itu berkurangan 36 kes berbanding semalam.

Jumlah terkini itu menjadikan kumulatif kes jangkitan dalam negara sebanyak 2,663,034.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kadar kebolehjangkitan (Rt) dalam negara  terkini adalah 0.98.

Untuk rekod semalam, sebanyak 4,298 kes positif dilaporkan dalam negara.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekali gus selepas tengah malam. – MalaysiaGazette