Rafael Benitez. Kredit foto: BBC Sport

LONDON – Rafael Benitez lebih positif mengenai masa depannya di Everton selepas dikaitkan pemecatan akibat aksi hambar pasukannya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2021/22 ini.

Namun, beliau optimis mampu membawa the Toffees ke arah hala tuju yang lebih baik.

Benitez yakin selepas mengakui pengunduran Marcel Brand sebagai Pengarah Bola Sepak dari Gooddison Park memberi kelebihan kepadanya mengawal pasukan mengikut acuannya.

Selepas dilanyak 1-4 oleh Liverpool dua hari lalu, Everton bangkit dengan merekodkan kemenangan 2-1 ke atas Arsenal di halaman sendiri malam tadi.

Keputusan itu sekaligus mengakhiri lapan perlawanan tanpa menang kelab itu.

Brands meninggalkan Everton disebabkan percanggahan daripada segi visinya bersama kelab.

“Saya telah bekerja dengan Brands tetapi itu bukan isunya.. tiba masanya untuk memikirkan mengenai masa depan kelab dan kita perlu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku.

“Kelab ini telah mengubah pengurus pada masa lalu dan kini mereka mahu melakukan sesuatu perubahan berjangka panjang dengan idea yang mahu dicapai.

“Dengan pengalaman yang dimiliki dan orang yang kita ada di kelab ini, saya rasa kita boleh membawa kelab di landasan yang baik,” katanya.-BBC Sport.com