Sebanyak 3,000 keluarga dalam kategori miskin tegar di Wilayah Persekutuan akan dibantu mencari sumber pendapatan dalam tempoh enam bulan ini.
Menurut Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim, kementeriannya akan mengadakan pelbagai program untuk membantu golongan ini mencari pendapatan sendiri seterusnya tidak lagi akan bergantung dengan bantuan semata-mata.