Kes buli sekumpulan pelajar berlaku di sekolah asrama di Perak tular di media sosial dikecam netizen media sosial.

KUALA LUMPUR – Insiden buli di sebuah sebuah sekolah di Perak  yang tular di media sosial menerima kecaman netizen dan rata-rata mereka meluahkan kekesalan dengan kejadian yang berlaku.

Menerusi klip video berdurasi 10 saat  itu menunjukkan sekumpulan pelajar yang tidak berbaju mengepung mangsa dan menumbuk perut pelajar lelaki itu sambil ketawa.

Pengguna akaun Twitter, Ekax_ yang memuat naik video itu dalam ciapan membidas perbuatan pelajar terbabit kerana tidak mengambil iktibar akan kejadian sebelum ini yang pernah menggemparkan negara sebelum ini.

“Ini kalau anak orang mati lepas itu cakap tak ada niat membunuh? Lepas tu bebas tali gantung? Lepas tu sampai bila nak habis gejala buli ini? Sakitnya hati aku,” ciapnya.

Menurut Ekax, selepas video itu tular memang ada pihak yang menghubunginya meminta memadamkan semula video itu namun dia tidak berbuat demikian.

Malah ada beberapa pengguna lain dalam akaun Twitter turut senada dengan Ekax_ apabila masing-masing meluahkan perasaan kecewa dan meminta maklumat lanjut kerana mahu membuat laporan polis mengenai insiden itu.

Reaksi warga netizen dalam twitter selepas video ringkas kes buli pelajar asrama dipercayai di Perak tular di media sosial.kredit netizen Twitter

“Apalah keji sangat perangai, ingat hebat ke buat anak orang macam tu. Ini hendak kira salah emak bapa tak reti mendidik ke apa? Betulla makin nak kiamat makin ramai orang jahat. Semoga semua pelaku dapat balasan yang setimpal,” ciap Syafiyy.

Ciapan seorang lagi pengguna Twitter bernama obaidiahabdull berbunyi “Asrama mana ni? Sekolah mana ini? Universiti ke ini? Tag tag. Kutip semua bakal-bakal gangster ini masuk lokap, biar kena tahanan reman.

Bagi netizen dengan nama akaun jilmisai pula mahu pembuli itu dimasukkan ke penjara.

“Cukup-cukuplah bagi muka dekat pembuli ni. Banyak sangat sudah kes macam ini. Masukkan dalam penjara. Biar gelap terus masa depan.

“Kalau mangsa sudah mati mulalah cakap membunuh tanpa niat lah, laptop hilanglah. Geramnya tengok,” ciapnya.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Polis siasat video buli pelajar sekolah berasrama penuh

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast