Mohd Shahar Abdullah

KUALA LUMPUR – Seramai 15 Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang suatu akta untuk meminda akta cukai malam ini.

Setiap daripada mereka diperuntukan masa kira-kira empat minit bagi menghabiskan perbahasan malam ini tanpa ditangguhkan.

Antara yang mengambi bahagian ialah Ahli Parlimen Pontian, Subang, Tebrau, Bangi, Setiu, Pokok Sena, Tumpat, Kubang Pasu, Dungun, Alor Setar, Bruas, Kluang, Jelutong dan Bukit Bendera.

Timbalan Menteri I Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Shahar Abdullah ketika mencadangkan suatu akta itu berkata, RUU Kewangan 2021 itu adalah bagi menguatkuasa langkah cukai yang telah diumumkan dalam Bajet 2022 pada 29 Oktober lalu.

Katanya, cadangan itu adalah untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Hartanah 1976, Akta Setem 1949, Akta Petroleum Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1960, Akta Penggalakan Pelaburan, Akta Kewangan 2012 dan Akta Kewangan 2018 dibacakan kali kedua.

“RUU Kewangan 2021 juga bagi melaksanakan keputusan kerajaan berkenaan penambahbaikan cukai yang memerlukan pindaan kepada akta berkaitan.

“Justeru, saya mohon menjelaskan beberapa perkara penting yang dikemukakan melalui RUU ini menerusi penggulungan perbahasan esok,” katanya pada sidang Parlimen, malam ini. – MalaysiaGazette