LONDON – Ekoran masalah berkaitan jantung, Sergio Aguero dijangka mengumumkan persaraan awal daripada dunia bola sepak dalam masa terdekat.
Bintang Argentina itu akan muncul di hadapan peminatnya di Nou Camp untuk mengumumkannya menerusi satu majlis khas yang dianjurkan kelabnya pada Rabu ini.
Bekas penyerang Manchester City itu didiagnosis dengan cardiac arrhythmia selepas mengalami sakit dada selama 41 minit dalam penampilan sulungnya bersama the Catalans.
Selepas menerima nasihat doktor, Aguero disarankan berehat selama tiga bulan tetapi kini pemain itu membuat ketetapan untuk menggantung but selama-lamanya pada usia 33 tahun.
Berita berkenaan mencetuskan tidak senang hati dalam kalangan peminatnya.
Aguero menyertai Barcelona secara percuma dari Man City dan beraksi menentang Alaves sebelum rebah atas padang sambil memegang dadanya. – Daily Mail Football