Orang ramai beratur panjang untuk membayar saman polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sempena Program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Foto AFFAN FAUZI, 09 DISEMBER 2021.

KUANTAN – Seorang pengguna jalan raya yang mempunyai 124 saman tunggakan polis berjumlah lebih RM27,000 berhasrat untuk melunaskannya sebelum tamatnya tempoh diskaun pada 31 Disember ini.

Beliau yang mahu dikenali sebagai Wan berkata, dia ingin menyelesaikan semua samannya berjumlah RM5,500 selepas diskaun supaya bebas hutang setelah 11 tahun tertangguh.

Wan cukup lega apabila Polis Diraja Malaysia melanjutkan kempen diskaun 80 peratus pembayaran sehingga hujung tahun ini.

“Kini saya sedang mengumpulkan wang bagi melunaskan saman yang terkumpul sejak tahun 2010.

“Jika tiada kempen diskaun ini, jumlah tunggakan yang perlu dibayar sebanyak RM27,750,” katanya.

Wan yang memiliki lesen memandu sejak umur 19 tahun mengakui telah disaman dengan pelbagai rekod kesalahan.

Jadi, sekarang merupakan satu peluang untuk melunaskan hutang-hutang dengan PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Dia mengakui sering diselubungi ketakutan lagi kerana gagal menjelaskan hutang besar dengan polis.

“Saya harapnada rezeki untuk bayar semua (hutang).

“Biarpun jumlah saman beribu, tapi kalau tiada diskaun lagi banyak… memang tidak akan mampu diselesaikn. Jadi lanjutan diskaun ini sangat membantu,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast