Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dijangka membekal produk agromakanan dengan nilai potensi sebanyak RM3 juta kepada 60 buah kapal C3 yang beroperasi ke Lautan Hindi menjelang 2022.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, ia dijangka dapat mewujudkan ruang perniagaan baharu khususnya kepada pertubuhan peladang kawasan dan FAMA Corp.