The Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Covid-19 SOP flash flood floods Labour Day public holiday
Sultan Sharafuddin Idris Shah.

KUALA LUMPUR-  Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan tegas menitahkan pihak yang bertanggungjawab menyegerakan bantuan kepada mangsa banjir di seluruh pelusuk kawasan yang terjejas.

Baginda dalam satu kenyataan hari ini juga menyeru agar pelan tindakan yang lebih komprehensif dikemaskini khususnya apabila berhadapan situasi bencana banjir luar jangkaan seperti ini.

Ia bagi membolehkan respons pantas dapat diambil serta kebajikan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terjaga.

Dalam pada itu, baginda Sultan Selangor turut menitahkan Lembaga Zakat Selangor (LZS) terus menghulurkan bantuan ke pusat-pusat penempatan sementara (PPS) banjir dan mengenalpasti situasi rakyat yang kritikal.

Menurut kenyataan itu baginda sedih dan berdukacita dengan bencana banjir yang terburuk melanda sebahagian besar daerah-daerah di Selangor.

Katanya, baginda menyaksikan sendiri gambar-gambar dan video-video kawasan terjejas dan turut risau dan bimbang dengan kesukaran yang sedang dihadapi oleh rakyat jelata.

Bagaimanapun, baginda terharu melihat semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh ahli masyarakat dan kumpulan-kumpulan sokongan yang saling bantu membantu antara satu sama lain ketika berdepan keadaan amat meruncing.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast