Banjir Jalan Ipoh
Keadaan sekitar Jalan Ipoh selepas dilanda banjir berikutan hujan lebat berterusan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 19 DISEMBER 2021.

PULAU PINANG – Jabatan Meteorologi telah mengeluarkan amaran ribut dan banjir pada minggu lalu, tetapi orang ramai tidak menjangkakan keadaannya seburuk yang telah berlaku.

Jurucakap jabatan itu berkata, ternyata orang ramai tidak memberi perhatian kepada amaran itu yang dipaparkan pada laman web pada 12 Disember kerana tidak menjangkakan keadaan yang teruk.

“Apapun, selain meningkatkan tahap amaran di Perak ke peringkat merah, tahap amaran di kebanyakan tempat di Lembah Klang telah diturunkan ke tahap kuning.

“Amaran hujan berterusan di Lembah Klang juga telah ditamatkan,” kata jurucakap itu kepada Sinchew Daily.

Menurutnya, amaran tahap merah di Perak adalah sehingga Isnin (20 Disember).

Jurucakap tersebut turut meramalkan Malaysia akan menyambut hujan monsun seterusnya pada minggu ini dengan hujan berterusan dan banjir mungkin berlaku di Pantai Timur, Pahang, Johor dan Sarawak.

“Bagaimanapun, keadaannya adalah berbeza dengan cuaca teruk yang berlaku sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, hujan monsun yang bakal berlaku pada minggu ini adalah lebih “biasa.” – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast