Dr Anthony Fauci. foto Agensi

NEW YORK – Pergerakan semasa Krismas akan meningkatkan penyebaran varian Omicron Covid-19, walaupun dalam kalangan mereka yang telah divaksin sepenuhnya, kata pakar penyakit berjangkit terkemuka Amerika Syarikat (AS).

“Tidak ada keraguan tentang ini, (Omicron) mempunyai keupayaan luar biasa untuk menyebarkan,” kata Dr Anthony Fauci kepada program Meet the Press NBC.

Fauci, yang menasihati kerajaan AS mengenai wabak itu berkata, varian itu kini “berkembang di seluruh dunia”.

AS sedang mengetatkan pergerakan kerana varian ini sangat bermutasi dan mudah merebak.

Di Eropah, Perancis dan Jerman adalah antara negara yang mengeluarkan sekatan perjalanan dan Belanda telah mengenakan sekatan ketat semasa Krismas.

Kerajaan juga meningkatkan program vaksinasi penggalak Covid-19 selepas penyelidik mengatakan suntikan tambahan boleh memberikan perlindungan sekitar 85% terhadap penyakit yang teruk.

Fauci berkata, penyebaran pantas Omicron di AS boleh memberi kesan serius kepada perkhidmatan kesihatan di seluruh negara.

“Hospital kami, jika keadaan seperti sekarang akan menjadi sangat tertekan,” katanya.

Fauci berkat, orang ramai perlu mengambil langkah berjaga-jaga seperti memakai pelitup muka dan melakukan penjarakan sosial.

Dia juga menggesa lebih ramai rakyat AS mendapatkan vaksin dan suntikan penggalak.

“Perbezaan antara individu yang divaksinasi dan mempunyai jangkitan dengan seseorang yang mempunyai jangkitan yang tidak pernah divaksinasi – ia adalah perbezaan utama berkaitan dengan risiko mendapat sakit teruk,” katanya.

Pada taklimat akhbar White House pada hari Jumaat, Fauci berkata, individu yang tidak divaksinasi berada pada risiko yang lebih tinggi untuk jangkitan serius dan dimasukkan ke hospital. – BBC

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast