MGNews: Bekas Ketua Audit Negara Simpan Laporan Asal Audit 1MDB

Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad yang juga saksi ke 12 perbicaraan kes rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberitahu Mahkaman Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau tidak memusnahkan versi asal laporan pengauditan dana berkenaan.

Menurutnya, keputusan itu dibuat kerana ia mengandungi maklumat dan bukti material mengenai 1MDB.