MGNews : Penduduk Shah Alam Padat Jadi Cabaran Kerja Menyelamat Mangsa Banjir

Kepadatan penduduk di Shah Alam khususnya di Taman Sri Muda menjadi cabaran besar agensi keselamatan menjalankan kerja-kerja membantu mangsa banjir.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kerja-kerja memindahkan mangsa banjir ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di negeri lain lebih mudah kerana lokasi dan bentuk penempatan yang berbeza dengan Taman Sri Muda.