new record Covid-19 booster dose daily cases
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 4,489 kes sembuh Covid-19 dicatatkan pada hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Katanya, berikutan itu jumlah kumulatif kes sembuh meningkat kepada 2,657,074 kes.

Noor Hisham berkata, daripada 3,528 kes positif Covid pada hari ini, sebanyak 103 kes adalah import iaitu membabitkan 90 warganegara dan 13 lagi bukan warganegara.

“Manakala sebanyak 3,425 kes adalah tempatan melibatkan 3,247 atau 94.8 peratus adalah warganegara manakala 178 kes atau 5.2 peratus adalah bukan warganegara.

“Bilangan kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 339 kes manakala sebanyak 180 kes memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, daripada kes harian itu, sebanyak 66 kes (1.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 3,462 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2

Menyentuh mengenai kluster kes Covid-19, tambah beliau, sebanyak empat kluster baharu Covid-19 dikesan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Jumlah kluster yang ditamatkan adalah 5,869 kluster dan jumlah kluster aktif adalah 229 kluster,” ujarnya. – MalaysiaGazette