KUALA LUMPUR – Perdana Menteri mengarahkan semua menteri membatalkan hasrat bercuti ke luar negara dalam keadaan rakyat dilanda kesusahan kerana musibah banjir.
Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menteri yang berada di luar negara pula diminta segera pulang ke tanah air.
“Saya arahkan mana-mana menteri yang bercadang untuk bercuti ke luar negara untuk membatalkannya dan menteri yang berada di luar negara ketika ini untuk pulang segera untuk bersama-sama membantu Keluarga Malaysia yang dalam kesusahan,” tegasnya.
Beliau berkata demikian dalam video yang dimuatnaik di media sosialnya hari ini.
Sebelum itu, tular beberapa menteri dikatakan berada di luar negara dalam keadaan rakyat dilanda banjir sehingga menimbulkan kemarahan di media sosial.- MalaysiaGazette