Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) menggunakan Set Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen Covid-19 sambil dibantu ibunya sebagai langkah bagi mengekang penularan wabak Covid-19 sebelum dibenarkan masuk ke kolej kediaman ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dataran Kawad UiTM Shah Alam, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 15 OKTOBER 2021.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan melaporkan 3,160 kes baru Covid-19 dengan jumlah kumulatif kes kini sebanyak 2,738,401.

Jumlah kemasukan hospital pesakit Covid-19 di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 17.3 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Pecahan kes baharu mengikut negeri akan dikeluarkan esok melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Dis 24) di mana 3,528 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

  • Selangor (848)
  • Johor (396)
  • Kelantan (370)
  • Terengganu (270)
  • Kedah (269)
  • Pulau Pinang (263)
  • Pahang (225)
  • Kuala Lumpur (200)
  • Perak (194)
  • Sabah (168)
  • Negeri Sembilan (141)
  • Melaka (118)
  • Putrajaya (23)
  • Perlis (20)
  • Sarawak (19)
  • Labuan (4)

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette