KUALA LUMPUR – Tiada protokol dan konvoi.

Itu yang ditunjukkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad ketika turun membantu mangsa banjir di sekitar Kampung Labohan Dagang di Banting, Selangor.

Menurut Penyelaras Gerak Kerja Penerangan Perikatan Nasional, Badrul Hisham Shaharin, Abd Latiff yang juga Ahli Parlimen Mersing itu secara senyap-senyap turun ke Kampung Labohan Dagang bagi membersihkan rumah mangsa-mangsa banjir disitu.

Ia direkodkan dalam Facebook rasmi Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard.

“Semalam mula tugasan 9.45 pagi, sedang kerja tiba-tiba WhatsApp masuk dari Dr Latiff Ahmad.

“Enta dekat lapangan ke? Dekat mana? Share location? Saya balas “Dengan team tengah cuci cuci ni… di Labohan Dagang.. sini teruk sangat hujung kampung mungkin terlepas pandang..”

“Saya hantar juga gambar rumah yang di operasi dan share location. Dalam dekat sejam selepas tu stop sekejap tarik nafas angkat keluar barang rumah yang musnah… haha dengan lumpur semua jadi berat sangat. Periksa hand phone ada WhatsApp dari Dr Latiff… “enta di mana?.

“Dengan dia hantar gambar air yang masih naik di kebun sawit depan rumah pertama kawasan tu. Rupanya dia datang tanpa pengiring hanya dengan driver dan dua staf pejabat dia,” tulis Chegubard.

Abd Latif yang tiba pada waktu pagi jelas Chegubard turut membantu membersihkan rumah penduduk yang terjejas dengan banjir.

“Menurut staf pejabatnya rupanya Dr Latiff ni memang suka turun jumpa orang dengar sendiri tanpa protokol dan media ramai ramai.

“Dia datang nak bantu sama sumbang tenaga sambil dengar sendiri dari mulut mangsa banjir mengenai keperluan dan sebagainya. Bukan tuan rumah dan jiran jirannya sahaja terkejut … kami sendiri terkejut….

“Dekat dua jam setengah juga Dr Latiff sama operasikan pembersihan dan ketika kami berhenti makan tengahari sebelum balik Dr Latiff sempat bersama seorang staffnya, dia bertandang ke rumah rumah untuk mendengar sendiri perbagai perkara ada beberapa kediaman yang teruk dan sangat memerlukan mendapat sumbangan peribadi Dr Latiff,” kata Chegubard lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast