new record Covid-19 booster dose daily cases
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Negara terus kekal mencatatkan kes baharu Covid-19 di bawah 3,000 kes selepas mencatatkan sebanyak 2,897 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 sebanyak 2,746,833 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow.

“Data harian laman CovidNow dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” katanya pada ciapan Twitter di sini hari ini.

Sementara itu, hantaran Facebook miliknya, Noor Hisham memberitahu, kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara adalah 0.93. – MalaysiaGazette