Larva serta kulat ditemui dalam bekas berisi otak udang dalam serbuan di sebuah kilang di Pantai Acheh, Balik Pulau hari ini.

BALIK PULAU –  Lantai kilang memproses otak udang  dipenuhi sisa tumpahan makanan itu.

Manakala salah satu bekas simpanan didapati mempunyai larva dipercayai terhasil daripada otak udang yang telah rosak.

Kulat-kulat juga kelihatan dalam bekas simpanan otak udang tersebut.

Begitulah keadaan sebuah kilang memproses otak udang di Pantai Acheh di sini ketika sepasukan pegawai dari Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) melakukan serbuan Op Bersih hari ini.

Otak udang yang dihasilkan di kilang ini dipasarkan di pasaran tempatan.

Keadaan lantai dipenuhi sisa otak udang.

Wartawan MalaysiaGazette yang turut serta dalam operasi berkenaan terpaksa berdiri di luar stor penyimpanan otak udang itu kerana bau busuk hingga meloyakan.

Ketua BKKM negeri, Mohd Wazir Khalid berkata, kilang berkenaan pernah diserbu dua tahun lepas namun pemeriksaan kali ini mendapati pemilik premis masih gagal mematuhi aspek keselamat kebersihan makanan yang ditetapkan.

Lebih teruk lagi apabila pemilik menyimpan otak udang yang sudah luput bersama bekalan yang siap untuk diedarkan ke pasaran tempatan.

Mohd Wazir menunjukkan bendasing yang ditemui dalam mesin memproses otak udang.

“Ketika pemeriksaan dilakukan, kita dapati ada bendasing dalam mesin yang digunakan untuk memproses otak udang.

”Kita temui larva dalam bekas berisi otak udang namun pemilik mendakwa otak udang itu sudah lama dan dia belum sempat membuangnya.

“Dalam pemeriksaan sama, kita temui putung rokok berhampiran tempat pembungkusan otak udang berkenaan, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Puntung rokok ditemui ditempat pembungkusan otak udang.

Tambah Mohd Wazir, terdapat otak udang yang sudah rosak walaupun belum melepasi tarikh luput namun dibotolkan untuk dipasarkan.

Biarpun, pemilik premis memberi alasan bahawa otak udang yang rosak itu tidak sempat dibuang namun alasan tersebut tidak boleh diterima langsung.

“Kita juga meragui logo halal yang digunakan pada label dan akan syorkan dengan agensi berkaitan bagi mengambil tindakan.

Keadaan persekitaran kilang memproses otak udang di Pantai Acheh, Balik Pulau.

“Dua kompaun dikenakan terhadap pemilik berjumlah RM5,000 dan kilang berkenaan diarah tutup selama 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983,” kata Mohd Wazir. – MalaysiaGazette

Zakat LZS

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast