rivers water level warning The Langat River at Dengkil, Selangor. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 28 DECEMBER 2021
The Langat River at Dengkil, Selangor. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 28 DECEMBER 2021. Sungai Langat di Pekan Dengkil, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 28 DISEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 14 buah sungai dikeluarkan amaran bahaya susulan paras air meningkat pagi ini.

Di Pahang, sebanyak enam sungai dikategorikan melebihi tahap bahaya paras air 46.24 meter di Paya Gintong, Jerantut.

Jambatan Chegar Perah, Lipis juga melebihi paras bahaya apabila air naik merekodkan 98.01 meter.

Selain itu, sungai Pukin, Rompin; Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera serta di Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran.

InfoBanjir berkata, Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat turut melebihi tahap bahaya dengan paras 4.35 meter.

Di Johor, Sungai Lenik di Ladang Chaah, Segamat; Sungai Segamat di Bandar Segamat, Segamat serta Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur, Tangkak.

Sungai Muar di Pekan Rompin, Jempol dan Sungai Muar di Kampung Berembang, Kuala Pilah di Negeri Sembilan juga berada tahap bahaya.

Di Melaka, Sungai Melaka dan Sungai Kesang di Telok Rimba, Jasin turut melebihi tahap bahaya.

Di Terengganu pula, Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman, Kemaman diletakkan pada tahap amaran apabila paras air naik 3.59 meter. – MalaysiaGazette