KUALA LUMPUR – Globe Herb Sdn. Bhd. (GHSB) yakin dapat melahirkan 10,000 jutawan sepanjang tahun ini menerusi pengenalan program SBPNetwork.biz.
Pengasasnya, Kamal Mohd. Nor berkata, keyakinan itu berdasarkan konsep berbeza program itu berbanding platform e-dagang lain pada masa kini.
Menurut beliau, ini kerana SBPNetwork.biz merupakan eko-sistem bersepadu yang menjadikan pembeli dan peniaga berkongsi keuntungan sehingga 40 peratus ke atas setiap transaksi jualan perniagaan.
“Kesemua hanya perlu dilakukan dengan mengguna pakai sistem pintar Web-APP yang boleh di akses oleh kesemua telefon pintar atau komputer tanpa perlu dimuat turun terlebih dahulu.
“Teknologi Web-APP serba lengkap ini menghubungkan jaringan luas antara pengusaha, peniaga, usahawan dan pembeli dalam satu bumbung dan mempunyai keupayaan Kecerdasan Buatan (AI) di mana sistem boleh menyimpan dan menganalisa data secara sendirian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
SBPNetwork.biz merupakan perniagaan e-dagang yang dimiliki sepenuhnya GHSB yang turut memperolehi lesen Akta Jualan Langsung dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna pada tahun lalu.
Kamal menambah, GHSB telah membangunkan Aplikasi Pengaturcaraan Antaramuka (API) dalam usaha menjadikan SBPNetwork.biz berupaya menjadikan perniagaan berjalan tanpa pengawasan manusia serta lebih dinamik.
Jelas beliau, program itu juga menyediakan peluang rantaian perniagaan dengan modal pembelian produk serendah RM100.
“GHSB bertanggungjawab menyediakan prasarana lengkap termasuk sistem Pergurusan Perniagaan, Kewangan dan Perakaunan bertaraf Antarabangsa.
“Usahawan yang dibentuk oleh GHSB akan menikmati keuntungan tanpa batasan serta tidak terikat dengan batas waktu bekerja serta bebas membuat keputusan.
“Usahawan industri kecil dan serdahana (IKS) yang memiliki produk atau perkhidmatan dialu-alukan menjadi rakan peniagan kepada GHSB dan kemudahan tempat pasaran seperti SBP Mall dan SBP Merchant yang membolehkan usahawan IKS mempromosi produk atau perkhidmatan laman web SBPNetwork.biz tanpa sebarang kos tersembunyi atau komisen percuma yang tinggi seperti mana rangkaian e-dagang yang lain,” katanya.
Kamal memberitahu, menerusi, program SBPNetwork.biz. usahawan IKS juga menjual produk dengan harga lebih murah dan memperolehi keuntungan yang maksimum.
Kata beliau, GHSB mengunjurkan sasaran keahlian SBPNetwork.biz seramai 100,000 orang pada tahun pertama operasi dengan unjuran perolehan jualan boleh mencapai angka sebanyak RM10 juta setiap bulan.
“Kuasa beli yang tinggi ini akan memberi impak positif serta menarik minat usahawan IKS berniaga di laman web SBPNetwork.biz.
“Berkonsepkan kongsi keuntungan dan sama-sama menang, GHSB yakin dapat mewujudkan 10,000 usahawan bertaraf jutawan dalam tempoh setahun,” katanya.
Sementara itu, untuk menjadi ahli SBPNetwork.biz, orang ramai boleh mendaftar di https://sbpnetwork.biz/en/registration.html?ReferralID=6423917058. – MalaysiaGazette