murder case debt loan Bidor oil palm estate Perak Police Chief, Datuk Mior Faridalathrash Wahid students die of Covid-19 vaccine SMK Tasek Damai
Datuk Mior Faridalathrash Wahid

IPOH – Polis Perak berjaya membongkarkan lagi aktiviti perlombongan bitcoin selepas merampas pelbagai peralatan matawang kripto bernilai RM1.6 juta di 16 premis di sekitar Manjung, di sini.

Ops Letrik TNB yang disertai 155 pegawai dan anggota polis dengan dibantu sembilan juruteknik khas Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan itu bermula jam 3 petang semalam hingga 4 pagi.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, sebanyak 471 premis di sekitar Manjung diperiksa dalam serbuan tersebut sebelum 16 daripadanya didapati terlibat dalam aktiviti perlombongan bitcoin.

“Hasil kesemua serbuan itu, kita telah merampas 816 unit mesin bitcoin, 15 unit monitor, 17 Unit Pemprosesan Pusat (CPU) dan 16 unit router internet yang bernilai RM1.6 juta secara keseluruhan.

“Siasatan bagi semua kes itu dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37(3) Akta Bekalan Elektrik 1990,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah beliau, pihak polis akan terus meningkatkan usaha dan operasi bagi menghapuskan kegiatan mencuri bekalan elektrik bagi tujuan melombong bitcoin di negeri ini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan tersebut diminta menyalurkan maklumat kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” kata Mior Faridalathrash. – MalaysiaGazette