LONDON – Newcastle United dilaporkan telah mencapai perjanjian yuran £12 juta bersama Atletico Madrid untuk menandatangani bintang pertahanan England yang prolifik, Kieran Trippier.
Pemain berusia 31 tahun itu bakal menjadi pemain pertama yang akan direkrut kelab Magpies di bawah pemilik dari Arab Saudi untuk pengurus baharunya Eddie Howe, Januari ini.
Trippier menyertai juara La Liga musim 2020/21 itu pada 2019 dari Tottenham dengan yuran £20 juta.
Kini dia ditawarkan peluang kembali ke tanahair oleh Newcastle dan dijangka menjalani ujian perubatan hari ini.
Dia akan bersatu semula dengan Howe ketika berada di Burnley.
Trippier melakukan 83 penampilan bersama kelab Sepanyol itu dan menjulang kejuaraan La Liga musim lalu.
Bintang pertahanan itu juga berjaya melangkah ke final Kejuaraan Euro 2020 musim lalu bersama skuad Three Lions.
Berita terkini itu juga ternyata mengewakan kelab elit lain dalam EPL seperti Manchester United, Everton, Manchester City dan Chelsea yang dikaitkan kuat dengan pemain tersebut sejak awal musim ini.
Newcastle kini menduduki tangga ke19 dalam carta EPL dan hanya menang satu daripada 20 perlawanan yang telah diharungi setakat ini. – BBC Sport.com