Gambar hiasan.

TELENGANA, INDIA – Polis di Hyderabad telah menahan sepasang suami isteri selepas disyaki merogol dan membunuh anak perempuannya sendiri.

Pasangan itu ditahan di Stesen Keretapi Solapur di Maharashtra selepas disyaki cuba melarikan diri dengan menaiki keretapi bersama anak lelakinya.

Pasangan itu sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya di Rajasthan menaiki Tren Ekspres Secunderabad-Rajkot dengan membawa bersama mayat anak perempuannya bersama.

Namun, pasangan suami isteri itu meletakkan mayat anak perempuannya itu dalam keadaan seolah-olah sedang tidur lena mengelak keraguan.

Bagaimanapun taktik mereka tidak berhasil apabila para penumpang lain di tren tersebut mula mengesyaki sesuatu apabila mangsa ‘tidur’ selama enam jam tanpa menunjukkan sebarang pergerakan anggota badan sejak tren bertolak.

Penumpang yang tidak senang hati dengan keadaan itu melaporkannya kepada polis di stesen keretapi berhampiran.

Polis dari daerah Solapur telah bergegas stesen keretapi itu dan memberkas pasangan suami isteri itu untuk siasatan polis.

Pasangan itu bersama mayat anak mereka telah dibawa ke balai polis berhampiran sebelum disoalsiasat.

Hasil siasatan awal mendedahkan bbapa berkenaan merogol anak perempuan bawah umur itu sebelum membunuhnya.

Suspek kemudian mengugut isteri dan anak lelakinya supaya merahsiakan jenayah tersebut sebelum memaksa mereka menemaninya ke kampung asalnya di Rajasthan dengan mendukung mayat anak perempuannya untuk dihapuskan bagi mengelak dikesan polis.

Suspek dan isterinya kini direman dan akan diserahkan kepada polis Hyderabad untuk tindakan lanjut.

Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 302 dan 376 Kanun Keseksaan India kerana merogol dan membunuh.-Indiatoday.In

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast