LONDON – Robert Lewandowski telah meledakkan gol ke-20 musim ini bersama Bayern Munich dalam Bundesliga Jerman.
Malangnya, pencapaian cemerlang penyerang berbisa itu gagal mengubah nasib pendahulu liga itu kecundang di tangan Borussia Mönchengladbach dalam aksi malam Jumaat.
Bayern Munich kalah mengejut di halaman sendiri 2-1 kepada pasukan pengunjung itu.
Penyerang Poland itu meletakkan tuan rumah di hadapan menerusi gol hasil tandukan kencang di separuh masa pertama pada minit ke-18.
Namun, Gladbach yang menghuni tangga tengah dalam carta Bundesliga tidak mengambil masa yang lama untuk bangkit menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-27 menerusi Florian Neuhaus sebelum Stefan Lainer menjaringkan gol kedua empat minit kemudian iaitu minit ke-31.
Tiada penonton dibenarkan di stadium Allianz Arena disebabkan risiko Covid-19.
Malahan oleh kerana kebanyakan pemain utama dikuarantin akibat Covid-19, Bayern telah bergelut dalam aksi berkenaan untuk mendapatkan rentak permainan bagi mencari gol kemenangan.
Walaupun lima perlawanan tanpa kalah dihentikan Gladbach, Bayern masih menghuni selesa carta dengan perbezaan sembilan mata dengan Borussia Dortmund yang menghuni tempat kedua.
Manakala dengan kemenangan ke atas Bayern, Gladbach malonjak ke tangga ke-11 dalam carta liga.- BBC Sport.com