Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak empat sen seliter daripada RM3.03 kepada RM3.07 seliter manakala petrol RON95 dan diesel kekal RM2.05 RM2.15 seliter.

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak empat sen seliter daripada RM3.03 kepada RM3.07 seliter manakala petrol RON95 dan diesel kekal RM2.05 RM2.15 seliter.

Penetapan harga itu bagi tempoh 13 Januari  hingga 19 Januari 2022, kata Kementerian Kewangan.

Menurutnya, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast