PPSM
Persatuan Pegawai Syariah Malaysia

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengawai Syariah Malaysia (PPSM) mencadangkan supaya hakim kanan yang berhadapan tuduhan jenayah moral direhatkan sementara sehingga siasatan ke atasnya sempurna.

Presiden PPSM, Ibrahim Deris berkata, cadangan itu berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 bagi memastikan perkara tersebut tidak memburukkan lagi imej institusi kehakiman syariah di negara ini.

Beliau membuat gesaan itu terhadap Jabatan Perdana Meneri dan Jabatan Perkhidmatan Awam.

Katanya, PPSM memandang serius pendedahan individu bernama Lokman Noor Adam di laman facebook Page “Lokman Noor Adam Official pada 10 Januari lalu jam 10.48 malam dan beberapa laporan media berkaitan tuduhan jenayah moral terhadap Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

“Hal ini juga akan memudahkan pihak berkuasa melaksanakan siasatan dan kebenaran akan segera terserlah.

“PPM juga pada masa yang sama meminta ahli-ahli PPSM dan orang ramai agar bertenang, sabar dan menunggu siasatan serta tindakan pihak berkuasa yang sedang bertungkus lumus menangani isu ini.

“PPSM juga menyedari ramai ahli yang terjejut dengan pendedahan isu berkenaan kerana jika tuduhan itu andaikata benar ia amat bertentangan dengan Adabul Qhadi (Etika Hakim) yang wajib diamal dan dipertahankan oleh semua hakim-hakim Syarie,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, PPSM turut menerima maklum balas bahawa ahli-ahli telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan hakim berkenaan apabila status moral peribadinya menjadi bahaan pertikaian di khalayak yang boleh menyebabkan institusi kehakiman syariah dipandang rendah oleh masyarakat.

Ibrahim turut merujuk dakwaan Lokman kononnya hakim kanan itu boleh mengatur keputusan kes di Selangor dan Kuala Lumpur.

“Kenyataan ini amat berbahaya bagi seorang ketua tertinggi institusi kehakiman dan merupakan penyalahgunaan kuasa serta membolehkan keadilan keputusan kes mahkamah diragui.

“PPSM terus mendokong prinsip berani kerana benar dan yang salah tetap perlu menerima penghakiman yang seadilnya,” tegas Ibrahim lagi. – MalaysiaGazette