Seorang lelaki warga tempatan dalam keadaan separuh bogel ditemukan lemas di Sungai Melaka berhampiran Kampung Hulu di sini awal pagi tadi.

MELAKA – Seorang lelaki warga tempatan dalam keadaan separuh bogel ditemukan lemas di Sungai Melaka berhampiran Kampung Hulu di sini awal pagi tadi.

Kejadian menimpa mangsa dianggarkan berusia 40-an disedari orang awam yang melihatnya terapung sebelum membuat panggilan kecemasan pada jam 7.20 pagi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa kemudian dibawa ke tebing sungai oleh pasukan bomba sebelum disahkan meninggal dunia 10 minit kemudian oleh pegawai perubatan Hospital Melaka.

“Siasatan awal mendapati mulut si mati yang hanya memakai baju dan dipercayai berketurunan India berdasarkan warna kulit. Tiada sebarang pengenalan diri ditemui pada badan mangsa.

“Pemeriksaan lanjut pada badan si mati bagaimanapun tidak menemui sebarang kecederaan atau unsur jenayah,” katanya.

Tambah beliau, usaha mengesan saksi dan waris si mati juga sedang dijalankan dan mayat telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk tindakan lanjut.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast