MGNews: Tiada Guna Kerajaan Beri Moratorium Tetapi PBT Teruskan Saman Menyaman-Noh Omar

Pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara dirayu agar memudahkan urusan golongan usahawan untuk mendapatkan lesen perniagaan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Tan Sri Noh Omar berkata, langkah itu perlu bagi mengelakkan mereka daripada terus dikenakan kompaun kerana menjalankan aktiviti perniagaan secara tidak sah.