Petugas kesihatan memberi suntikan dos penggalak Covid-19 kepada penerima yang hadir PPV Lembah Klang. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seramai 25,677,200 individu daripada populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Data laman COVIDNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan, sejumlah 26,045,409 individu daripada populasi dewasa pula telah  menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,773,734 atau 88.1 peratus daripada kumpulan itu telah lengkap menerima vaksin Covid-19 manakala 2,861,589 atau 90.9 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam pada itu, 147,655 dos suntikan vaksin diberikan semalam, melibatkan 866 suntikan dos lengkap, 867 dos pertama dan 145,922 pula suntikan dos penggalak.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 60,884,363 dos.

Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 9,364,326. – MalaysiaGazette