Foto: Xinhua

ISLAMABAD – Lima orang cedera selepas sebuah kereta api penumpang terkena bom dan tergelincir dari landasan di wilayah Balochistan, tenggara Pakistan, kata Menteri kereta Api, Muhammad Azam Khan Swati.

Menyifatkan serangan itu sebagai tindakan pengecut, menteri tersebut berkata, pemberontak yang menggunakan bahan letupan berhampiran kereta api yang sedang bergerak dan dalangnya akan ditangkap.

Katanya, kereta api lain telah dihantar untuk membawa penumpang ke destinasi masing-masing, lapor agensi berita, Xinhua.

Kejadian berlaku sebaik sahaja perkhidmatan Jaffar Express meninggalkan Quetta menuju ke Rawalpindi di utara negara itu, kata sumber kepada Xinhua.

Kata sumber, empat buah gerabak dan gerabak enjin tergelincir akibat terkena bom itu.

Penumpang yang tercedera dihantar ke Hospital Awam di Quetta dan keadaan mangsa stabil.

Polis menutup kawasan itu berikutan serangan tersebut dan kerja-kerja pembaikan landasan dilakukan.

Ketua Menteri Balochistan Mir Abdul Quddus Bizenjo mengutuk serangan itu dan mengarahkan rawatan diberikan kepada mereka yang cedera.

Beliau berkata, bahawa agensi keselamatan negara aktif menentang keganasan yang mana kerajaan dan angkatan tentera tidak akan membiarkan pengganas berjaya dalam rancangan mereka.

Tiada kumpulan atau individu yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut. – Xinhua

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast