Puad Zarkashi Muhyiddin Yassin letter of demand three-day quarantine minister double standard UMNO Supreme Council Member Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi defy UMNO decision
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – “Boleh percaya ke PH (Pakatan Harapan) ni?, soal Datuk Mohd Puad Zakarshi.

Persoalan itu dilontar oleh beliau yang ragu-ragu dengan tawaran ‘komitmen kestabilan’ oleh pembangkang Johor.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu turut mempersoalkan apakah tawaran itu muslihat politik demi survival PH yang dihujung tanduk.

“Teringat janji 100 hari yang ‘dicapati’,” ujarnya.

Semalam, pembangkang Johor menolak Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan sebaliknya menawarkan ‘komitmen kestabilan’ bagi memastikan kerajaan negeri dapat memberi tumpuan terhadap kebajikan rakyat dan usaha memulihkan ekonomi.

Menurut kenyataan bersama Parti Amanah Negara, PKR, DAP dan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), pelaksanaan PRN di negeri itu adalah satu tindakan yang tidak munasabah dan tidak mengutamakan kepentingan rakyat serta negeri.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Ketua Pembangkang Johor yang juga Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor PKR Syed Ibrahim Syed Noh, Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong dan Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abd Rahman.

Menurut kenyataan itu, anggaran kos sebanyak RM150 juta yang diperlukan untuk membiayai PRN Johor merupakan satu pembaziran yang sangat besar daripada kerajaan.

“Blok pembangkang di negeri ini telah memberikan kerjasama sepenuhnya terhadap kerajaan pimpinan Datuk Hasni Mohammad (Menteri Besar) meskipun dengan perbezaan majoriti hanya satu kerusi di Dewan Undangan Negeri,” kata kenyataan tersebut.

Spekulasi PRN Johor bertiup kencang selepas kematian Ahli Dewan Undangan Negeri Kempas Datuk Osman Sapian pada 21 Disember lepas, yang kini menyaksikan kerajaan negeri yang dipimpin Barisan Nasional mempunyai 28 kerusi manakala Pakatan Harapan 27 kerusi.- MalaysiaGazette