KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara Mira Filzah mengumumkan kini hamil enam bulan.
Perkara itu diumumkan oleh suaminya, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khairil Anuar dalam satu hantaran Instagram malam tadi.
Katanya, berita gembira itu diterima mereka pada tahun lalu dan kini Mira atau Nur Amirah Filzah binti Badioezaman bakal memasuki trimester ketiga.
“Syukur alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT pemilik seluruh alam, perkhabaran diterima pada tahun lepas yang kami akan menimang cahaya mata sulung kami.
“Insya-Allah, usia kandungan akan memasuki trimester ketiga (kini enam bulan) tidak lama lagi,” katanya.
Wan Emir dan isterinya turut melalui pengalaman berbeza sepanjang fasa kehamilan anak sulung mereka.
Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada yang mendoakan kesejahteraan isterinya dan beliau.
“Seperti semua orang yang memiliki hasrat dan rancangan untuk membina sebuah keluarga, kami juga mempunyai pengalaman peribadi tentang suka duka sepanjang perjalanan kami setakat ini.
“Kepada semua yang berharap dan mendoakan kami dari dulu hingga kini, dengan rasa insaf serta rendah diri kami mengucapkan jutaan terima kasih.
“Semoga Allah merahmati dan mengangkat segala usaha dan doa setiap seorang daripada kita,” tambahnya.
Mira dan Wan Emir mendirikan rumah tangga pada mendirikan rumah tangga dengan Emir, 32, pada 3 September 2020.-MalaysiaGazette