Berjasa menubuhkan Majlis Pilihanraya Pusat sebagai persiapan dan persediaan menghadapi PRU 15.

KUALA LUMPUR – Parti Berjasa mengumumkan pelantikan Naib Presidennya, Abdul Samad Ashaari sebagai Pengerusi Majlis Pilihanraya Pusat (MPP) parti itu.

Pelantikan turut melibatkan pemimpin kanan parti itu, Wan Muhammad Mior Ismail sebagai Pengarah MPP bagi membantu Abdul Samad.

Presidennya, Zamani Ibrahim berkata, pelantikan itu dibuat sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU- 15) yang mana Berjasa turut bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kata beliau, Berjasa terpanggil untuk terlibat secara langsung dalam PRU-15 selepas mendengar keluhan rakyat yang semakin muak dengan suasana politik sekarang.

“Habis satu isu, timbul isu baru. Habis PRN (Pilihan Raya Negeri) sini, buat PRN sana. Jadi, kami akan menawarkan kepimpinan baharu untuk Malaysia.

“Sasaran kami jelas, kita nak sama-sama kembalikan negara Malaysia yang pernah bermaruah,” katanya dalam kenyataan kepada MalaysiaGazette hari ini.

Berjasa kini tampil dengan wajah perjuangan politik yang lebih mantap dan berslogankan ‘Bersama Pimpin Negara’. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast