Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini berikutan pasaran menerima berita mengenai prospek penurunan Petronas, selain aktiviti pengambilan untung menjelang hujung minggu.
Gambar hiasan

 

KUALA LUMPUR – Walaupun aliran keluar bersih berlaku di pasaran serantau, ekuiti Malaysia menyaksikan aliran masuk bersih minggu kedua berturut-turut pada minggu dagangan yang singkat selepas cuti pada hari Selasa kerana perayaan Thaipusam.

Berdasarkan data Bursa Malaysia, pelabur asing membeli RM11.35 juta ekuiti tempatan minggu lepas berbanding RM397.85 juta pada minggu sebelumnya.

Apabila pasaran dibuka semula pada Isnin minggu lalu, pelabur asing dan pelabur runcit masing-masing menjual RM70.04 juta dan RM18.67 juta ekuiti tempatan.

Sementara itu, institusi tempatan memulakan minggu ini sebagai pembeli bersih sebanyak RM88.71 juta.

MIDF Research berkata, jualan bersih oleh pelabur asing diteruskan pada hari Rabu selepas cuti pada hari Selasa, walaupun pada kadar yang lebih perlahan.
Aliran keluar bersih daripada pelabur asing ialah RM27.73 juta, yang disertai oleh pelabur institusi tempatan berjumlah RM13.5 juta.

Manakala belian bersih dilakukan oleh pelabur runcit sebanyak RM41.23 juta.

• Foreigners reversed its stance and became net buyers on Thursday and Friday. Largest foreign inflow was recorded on Friday at RM59.36m, followed by RM49.76m posted on Thursday. The largest outflow was on Monday at -RM70.04m.

Pelabur asing menjadi pembeli bersih pada hari Khamis dan Jumaat dengan aliran masuk asing terbesar dicatatkan pada hari Jumaat pada RM59.36 juta, diikuti oleh RM49.76 juta pada hari Khamis.

Aliran keluar terbesar adalah pada hari Isnin sebanyak RM70.04 juta.

Firma penyelidikan itu berkata, pelabur runcit adalah pembeli bersih setiap hari untuk minggu tersebut kecuali pada hari Isnin.

Belian bersih terbesar oleh pelabur runcit dicatatkan pada hari Rabu sebanyak RM41.23 juta.

Katanya, untuk minggu ini, bersih peruncit membeli ekuiti bernilai RM35.30 juta di Bursa Malaysia.

• Sementara itu, institusi tempatan merekodkan jualan bersih mingguan terkumpul sebanyak -RM46.84j. Institusi tempatan adalah penjual bersih untuk semua hari dalam seminggu kecuali pada hari Isnin.

Jualan bersih terbesar pada hari Jumaat sebanyak RM62.64 juta.

Dari segi penyertaan, pelabur runcit, pelabur institusi dan pelabur asing mencatat pergerakan mingguan masing-masing sebanyak -14.40%, -6.54% dan -9.17% dalam purata nilai dagangan harian (ADTV). – MalaysiaGazette